Kek Bakul Putih 3 Tingkat
Satu lagi kek yang ingin ita kongsikan untuk hari ini. Kali ni kek weading tiga tingkat pula. Sebenarnya kek ni dah lama dah sebelum ita bercuti emergency tempoh hari. Kek untuk sebuah majlis perkhawinan.
Sebenarnya ita tak sempat nak ambil gambar kek ni tau! sebab masa tu dah kelang kabut nak mengejar masa. Tahulah kan buat kek bunga dari buttercream ni memang banyak masa kita perlukan. Ialah nak fikir bancuhan warna yang sepadan, nak buat jalinan bakul tu lagi.. nak buat kuntuman bunga yang pelbagai.. memang mengambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi keknya tiga ketul pula.. lagilah kelang kabut menyiapkannya.
Kerana kelang kabut tu hingga ita terlupa nak snap gambar. Ini pun beberapa keping gambar yang sempat di snap curi-curi dalam mengejar masa.
Kek ni dalamya kalau tak silap ita lah kan.. ni ingat-ingat lupa ni.. maklumlah dah lama dah kan.. mak cik ni pun dah makin pelupa sekarang.. ngee.. ^_^
Kek tiga tingkat seingat ita yang atas sekali dalamnya kek strawberry , layer dengan krim strawberry. Yang tengah kalau tak silap red velvet dengan cream cheese frosting. Dan yang bawah tu choc moist dilapisi krim coklat.
Semua kek di coating dengan buttercream. Kek ni kek bakul atry cake. Kek dengan hiansan bunga pelbagai di atasnya. Tiada tema khusus dari tuan empunya badan.. cuma inginkan bakul berwarna putih dan bunga dari tone warna yang lembut.
Kepada yang berhajat untuk membuat tempahan . Boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179.
Tempahan hanya untuk sekitar Johor Bahru sahaja.
Tempahan perlu di buat 1 bulan awal.
Tags :
TEMPAHAN
Related : Kek Bakul Putih 3 Tingkat
Harapan 2015AssalamualaikumSatu lagi kek yang sempat ita siapakan sempena tahun baru 2015Kek ni ita berikan namanya harapan..Harapan dari seorang ibu untuk melihat kejayaan anaknya. ...
Jambatan AsmaraAssalamualaikum.. dan selamat malam semua.. Ada yang dah nak tidur ke? Ita masih lagi belum boleh lelapkan mata, nak kena siapakn kek khawin untuk esok hari pulak.Ok mal ...
Kek hantaran lagi..Terima kasih kepada yang membuat tempahan.Kepada yang ingin membuat tempahan boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja. Tiada pe ...
Louis Vuitton Bag Cake TutorialWaaaa... ramainya peminat bag LV ni kan... Ialah bag mahal pasti ramai yang suka terutamanya golongan hawa. Ita juga adalah salah seorang peminat bag LV. Ada juga lah be ...
Rusian Black And White dengan bunga hiasanSatu lagi kek yang perlu ita siapkan hari ini.Kek kali ni istimewa sikit sebab kek ni ita tak pernah buat lagi. Tapi sebab tuan empunya minta buatkan ita buatkanlah..Dal ...