Sambal Belacan paling sedap!
Malam ni ita nak kongsi resepi sambal belacan paling sedap! Resepi ni ita ambil dari blog Hairul. Menurut Hairul resepi ini di kongsikan oleh kak Raja. Memang sedap sambal belacan ni. Caranya mudah dan ringkas. Apa yang menarik ita untuk mencuba kerana ia tidak menggunakan limau nipis atau limau kasturi, sebaliknya hanya menggunakan air asam dan cuka.
Suami ita memang pencinta sambal belacan. Kalau boleh hari-hari dia nak makan sambal belacan. Oleh kerana itu ita suka bertukar-tukar resepi agar tak bosan.
Tapi resepi kali ini benar-benar menyengat seleranya. Berselera sungguh dia menikmati hidangan makan tengahari kami. Kepada anda yang nak cuba atau nak rasa kelainan boleh lah mencuba. Terima kasih pada penyumbang resepi ^_^
SAMBAL BELACAN CUKA AIR ASAM
Resepi oleh : Kak Raja
Rjukan : Hairul
10 biji cili padi
2 biji cili merah ~ yg ni ita tambah sebab cili padi ita semua warna hijau, takut warnanya tak menarik pula.
1 sudu besar perahan air asam jawa
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka ~ supaya sambal belacan tahan lama
garam
gula
Satukan semua bahan dan tumbuk lumat
Boleh guna lesung batu atau boleh guna blender kering
Enak di makan bersama asam pedas, lauk kari, sayur air atau masak lemak
Tags :
SAMBAL
Related : Sambal Belacan paling sedap!
Pisang Goreng Rangup dan Sambal Kicap MaduSatu lagi makanan yang cukup popular dan menjadi kesukaan rakyat Malaysia.. Pisang Goreng.eh pisang goreng ke... goreng pisang.. !Pisang goreng ni adalah makanan yang di ...
Sambal Tumis Udang . Tips memilih lada kering dan tips mendapatkan sambal yang sedap dan tahan lama.Sambal tumis dan orang Johor memang tak boleh di pisahkan. Sambal tumis ni kalau boleh hari-hari mesti ada ia bukan sahaja di makan bersama nasi lemak atau lontong, tapi ...
Sup Tulang Jangan Pandang BelakangWaaaaa.... dengar nama aje pasti dah meleleh-leleh air liur kan.. Itu belum lagi merasa.. kalau lah dapat hirup sup hangat dan pekat malam-malam ni.. adoiii... pasti nik ...
Sambal Belacan Mangga MudaIni ita kongsikan pula resepi Sambal Belacan Mangga Muda yang ita makan bersama sayur lemak taugeh tadi bersama ikan goreng dan satu lagi lauk yang akan ita kongsikan ke ...
Sambal Telur PindangAssalamualaikum..Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang sudi menjengah dapur maya ita ni..Terima kasih juga bagi mereka-mereka yang sudi dan telah m ...