Kek Jamuan Akhir Tahun Sek Seri Alam 2


Bila tiba penghujung tahun, banyaklah sekolah yang mengajurkan majlis perpisahaan terutamanya untuk murid-murid tahun 6 di sekolah rendah dan tingkatan 5 di sekolah menengah. Hari ini sekali lagi ita menerima tempahan dari Sek Keb Seri Alam 2. Sudah banyak kali juga Sek Seri Alam 2 menempah kek dengan ita, terima kasih banyak-banyak ya cikgu.



Hari ini ita menerima tempahan 320 cup cake dan sebuah kek bersaiz 20 x 10 inc. Kek yang juga agak besar.

Untuk cup cake ni pula ianya adalah kek vanilla di hiasi dengan cream cheese strawberry frosting. Ita hiaskan dengan strawberry sebagai hiasan. Kek yang simple untuk anak-anak tahun enam menjamu selera.


Susah betul nak dapatkan strawberry dalam musim hujan dan penghujung tahun ni.. Lebih-lebih lagi kemalangan yang berlaku di Cameron Highland memburukkan lagi keadaan. Ita hanya dapat beberapa kotak sahaja strawberry dan strawberrynya pun tidak berapa cantik.


Untuk kek besar ni pula dalamnya adalah rainbow kek dan di lapisi cream cheese frosting. Kek di lempa sepenuhnya dengan buttercream.
Ita di beri kepercayaan sepenuhnya oleh cikgu untuk mendeco kek ini. Ini lah hasil deko yang termampu ita lakukan.


Ita membuat kek berbentuk buku, bersesuaian dengan anak-anak tahun enam yang akan menutup buku sekolah rendah dan akan melangkah pula ke sekolah menengah.
Ita lukiskan corak kartun kanak-kanag yang riang. Gambar lukisan ini ita rujuk dari google dan ita lukis sendiri atas kek.. hihi buruk aje kan.. Sebenarnya agak payah nak lukis dengan piping bag berbanding kita melukis dengan pensel..
Warnanya pula ita menggunakan gel yang ita bancuh bersama warna pilihan
Ita harap pihak sekolah berpuas hati dan anak-anak tahun enam juga happy dan enjoy menjamu selera.


Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179.
Tempahan hanya untuk Johor bahru sahaja. Tiada penghantaran untuk luar JB
Tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal.



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kek Jamuan Akhir Tahun Sek Seri Alam 2

  • iPhone 6 idaman ku..Kek hari ini... iPhone 6Waaa..... seronoknya dapat iphone 6, idaman anak-anak ita ni..Tapi tu lah.. bila beli yang baru.. tak lama keluar lagi yang baru.. beli lagi.. ke ...
  • Bunga EmasAssalamualaikum..Hari ini memang sangat meletihkan..Dari malam tadi tak dapat tidur yang cukup kerana nak kena siapkan tempahan kek customer. Ini adalah kek terakhir yan ...
  • Simple Decoration Cake Terima kasih kepada yang membuat tempahan.Kepada yang ingin membuat tempahan boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja. Tiada pe ...
  • Kek Clown jom belajar buat clownHari ini ita kenalah siapakan satu tempahan kek ulang tahun untuk seorang anak mat salleh ni... Mulanya ita menolak untuk terima tempahan memandangkan ita sibuk dengan D ...
  • Tempahan Victoria Sandwich lagi..Tempahan Victoria Sandwich kek lagi.. Kali ini customer minta ita potong kek kepada 4 bahagian, katanya nak bagi kawan-kawan senang nanti.. hihiKek Victoria ita ni dalam ...