KIA Optima K5 Cake


Assalamualaikum..
Salam kepada penghulu segala hari..
Kek lagi.. dan lagi dan lagi..
Maaf lah bagi yang tunggu resepi dari kak ita.. Minggu ni ita memang sibuk sangat.. sibuk menyiapkan tempahan kek.. siapkan figurine..  dan macam-macam yang berkaitan dengan kek..

Minggu ni memang banyak kek yang perlu ita buat figurine.. itu yang mengambil masa ita yang banyak.. Kadang makan pun tak sempat.. bukan makan aje tak sempat nak masak pun tak dan.. Mujur suami dan anak-anak faham.. Kadang suami dan anak-anak tolong ita masak.. hihi :)



Bukan sahaja banyak figurine yang ita kena sediakan.. tapi minggu ni juga banyak ita kena buat kek Rusian Black and White.

Terima kasih pada yang membuat tempahan.



Hari ni ita kena sediakan kereta Kia Optima K5. Ita ni bukan pandai sangat nak buat kereta. Jenis kereta pun ita tak berapa tahu sebenarnya. Mujur suami banyak bagi tahu ita rupa kereta tu macam mana.. Ita juga rujuk gambar di google untuk dapatkan bentuk sebenar. Tapi faham-faham ajelah kan.. bentuknya pasti tak sama dengan yang asal.. hihi ^_^

Menurut tuan empunya kek.. kereta ni adalah kereta kesayangan suaminya.. sayangnyalah pada kereta.. mengalahkan sayang pada isteri pulak.. ngeeee..... ^_^ nyapuk pun tak boleh hinggap tau! apalagilah nak gigit.. hihi


Ini lah keluarga bahagia tu.. semoga kekal hingga ke Jannah. Kepada suaminya selamat ulang tahun ya..

Terima kasih kepada yang membuat tempahan.
Kepada yang ingin membuat tempahan boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179
Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja. Tiada penghantaran untuk luar JB
Tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal..


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : KIA Optima K5 Cake

  • Tempahan Victoria Sandwich lagi..Tempahan Victoria Sandwich kek lagi.. Kali ini customer minta ita potong kek kepada 4 bahagian, katanya nak bagi kawan-kawan senang nanti.. hihiKek Victoria ita ni dalam ...
  • Tempahan hujung minggu..Rusian Black and White in cupVictoria Sandwich Cake Victoria sandwich CakeCup Cake Oren dengan cream cheese oren ...
  • Kek hantaran lagi..Terima kasih kepada yang membuat tempahan.Kepada yang ingin membuat tempahan boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja. Tiada pe ...
  • Kek Clown jom belajar buat clownHari ini ita kenalah siapakan satu tempahan kek ulang tahun untuk seorang anak mat salleh ni... Mulanya ita menolak untuk terima tempahan memandangkan ita sibuk dengan D ...
  • We Love Youuu... cakeKek dari sahabat untuk sahabat.Dalamnya kek choc moist. Deco pula figurine dan hiasan daripada gumpaste. Ita rasa sahabatnya ni suka menyanyi kot.. sebab tu mereka minta ...