Kari Asam Pedas Ikan Kembung


Kari Asam Pedas lagii...
Entah dah ke berapa kali..
Nampaknya tekak ita semakin serasi dengan menu yang satu ini. Tak jemu walaupun di hidangkan setiap hari.

Asam pedas sinonim dengan masyarakat bahagian Selatan Semenanjung Malaysia terutamanya Johor dan Melaka. Ianya di hidangkan sebagai pelengkap hidangan makan tengahari mahupun makan malam. Kuahnya yang masam-masam, pedas dengan aroma yang cukup enak memang benar-benar menambat selera.

Selain di hidangkan bersama nasi, kari asam pedas juga enak jika di cicah bersama roti, roti canai, roti jala, lempeng mahupun biskut lemak. Bagi orang Johor ala bisa tegal biasa

Cara memasaknya memang cukup mudah dan ringkas. Bagi kari asam pedas pula bezanya cuma asam pedas ini di khawinkan antara asam pedas biasa dan lauk kari.. maka terhasillah menu baru kari asam pedas.


Resepi ini ita pernak kongsikan sebelum ini di SINI. Tapi hari ini ita buat yang simple aje..


 KARI ASAM PEDAS
Oleh Tulip77
Rujukan My Resepi

Seekor ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5
(Boleh guna ikan patin, ikan tenggiri, ikan merah, pari dan lain-lain
1 biji bawang besar ~ dimayang
3 biji bawang putih ~ diketuk
2 inci halia ~ diketuk
1/2 ibu jari belacan
1 batang serai ~ diketuk
1/2 inci lengkuas ~ dihiris nipis
1 sudu besar halba campur
3 sudu besar cili kisar ~ cili kering dikisar
2 sudu besar serbuk kari ~ dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
2 pelepah daun kari
3 tangkai daun kesum

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.

Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum.



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kari Asam Pedas Ikan Kembung

  • Nasi Goreng Ikan MasinHari ini ita masak Nasi Goreng Ikan Masin untuk sarapan kami sekeluarga pagi ni.Kebetulan nasi yang ita masak semalam ada berbaki, sayang pula nak buang.. jadi ita buatl ...
  • Ikan Selar Masak Kicap PedasAssalamualaikumMasak yang mudah dan ringkas lagi untuk keluarga. Semalam ita dah terlalu kepenatan menyiapkan tempahan kek. Bila dah penat sangat ita masak yang ringkas- ...
  • Kari Ikan Indian StyleAnda semua suka tak makan kari ?Pasti ramai yang suka makan kari. Sebenarnya kita di Malaysia sangat beruntung kerana kita dapat merasa pelbagai masakan tak kira masakan ...
  • Gulai NenasGulai nenas adalah lauk yang sering mak ita sediakan masa ita kecik-kecik dulu.Mak kata lauk ni senang aje nak masak dia.. tak payah nak tumis-tumis.. boh aje semua dala ...
  • Ikan Kerisi Masak Sos TiramSetiap kali bersembang dengan Sara, kawan ita.. Kami sering berborak mengenai hidangan yang mudah dan ringkas untuk di hidangkan kepada keluarga. Maklumlah kami sekarang ...