Birthday Cake Upin Ipin dan rakan-rakan
Angin sejuk yang berhembus sepoi-sepoi bahasa benar-benar nenusuk hingga ke tulang sum-sum ini.. Sejuknya lah aiii... dah berapa hari cuaca mendung aje.. sesekali hujan turun menambahkan lagi kesejukkan malam..
Dah empat hari ita tak dapat tidur lena. Demam yang menyerang ita kali ini terasa berlainan sekali sakit dan bisanya. Kepala senoneng.. mata berpinar-pinar.. sendi-sendi terasa amat bisa hingga nak pijak lantai pun terasa bisa hingga ke tulang. Pagi tadi ita terasa pula tangan dah mula terasa kebas.. Ya Allah demam apa pula yang menyerang ku kali ini..
Dalam kepala tak ada ingat lain.. tempahan dari customer macam manalah nak di siapkan jika keadaan ita terus-terusan begini.. Ya Allah sembukanlah sakitku ini.. agar dapat aku melangsaikan amanah yang ku pikul.
Pagi ni, ita mengadap doktor.. tak tertahan lagi sakit yang di tanggung. Doktor ambil darah dan buat ujian air kencing.. Dengan debaran ita menunggu agar tiadalah apa-apa penyakit yang berat.. Sekali lagi nama di panggil.. Doktor kata tak ada apa-apa jangkitan kuman dalam darah.. demam biasa sahaja.. tapi kalau dua hari ni tak baik lagi harus datang semula untuk ujian yang lain pula.. Lega rasanya.. tapi masih lagi tak puas hati.. kenapa teruk sangat demam ni.. kata demam biasa aje.. Mungkin ujian dari Allah.. nak hapuskan dosa kecil.. ita cuba memujuk hari yang masih ragu-ragu..
Tags :
TEMPAHAN
Related : Birthday Cake Upin Ipin dan rakan-rakan
Kek Tempahan SemalamInilah kek tempahan yang perlu ita siapkan. Fuh..! jenuh nak menyiapkan figurine minion yang sebesar duit 20 sen ni.. mata dahlah tak berapa nampak.. terkial-kial nak me ...
Harapan 2015AssalamualaikumSatu lagi kek yang sempat ita siapakan sempena tahun baru 2015Kek ni ita berikan namanya harapan..Harapan dari seorang ibu untuk melihat kejayaan anaknya. ...
Tempahan hujung minggu..Rusian Black and White in cupVictoria Sandwich Cake Victoria sandwich CakeCup Cake Oren dengan cream cheese oren ...
Rusian Black And White dengan bunga hiasanSatu lagi kek yang perlu ita siapkan hari ini.Kek kali ni istimewa sikit sebab kek ni ita tak pernah buat lagi. Tapi sebab tuan empunya minta buatkan ita buatkanlah..Dal ...
Jongkong Emas Menyambut Tahun Baru 2015Assalamualaikum..Permulaan tahun baru dengan jongkongan emas yang berkilauan...Nampaknya satu permulaan yang baik untuk tahun 2015Alhamdulillah semoga tahun baru ini kit ...